Tips Membeli Barang Online Agar Tidak Tertipu

Tips Membeli Barang Online Agar Tidak Tertipu

Pada masa kini, dek kerana kekangan masa oleh banyak pihak, dan kerja seharian menyebabkan rakyat Malaysia sudah semakin beralih kepada membeli-belah di atas talian. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, membeli-beli secara fizikal semakin kurang mendapat tempat. Ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada mereka yang hanya bertumpu kepada jualan secara fizikal sahaja. Sudah tiba masanya untuk mereka untuk menambah platform jualan di atas talian juga untuk produk mereka.

Walau bagaimanapun, pembelian di atas talian mempunyai risiko lebih besar untuk berlaku penipuan, kesilapan pemilihan barang/saiz, malah juga kerosakan jika dibanding dengan pembelian fizikal. Penipuan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Begitu juga dengan kesilapan pemilihan saiz, dan kerosakan barang akibatdari penjual, atau penghantar(kaurier) itu sendiri. Mungkin benda ini tidak disengajakan, namun anda sebagai pembelilah yang menanggung akibat itu. Jadi disini saya ingin memberi beberapa tips untuk anda yang ingin membeli barang secara online agar lebih selamat dan dapat mengelakkan dari tertipu.

Pilih platform yang popular dan selamat

Ini adalah perkara yang sangat penting yang perlu untuk dititik beraktkan oleh anda yang ingin membeli di atas talian. Hal ini demikian kerana pembelian di platform yang selamat dapat menjamin wang anda dikembalikan jika berlaku penipuan di pihak penjual. Dua platform yang sangat saya cadangankan disini mengikut pengalaman peribadi adalah Shopee dan Lazada.

Kedua-dua platform ini sangat effisien dalam menangani penipuan, malah kehilangan barang semasa pengeposan. Mengikut pengalaman peribadi saya, saya sendiri sudah mendapat refund dari pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang pembelian di dalam kedua-dua platform itu. Antara yang pernah saya alami, barang hilang dan kesilapan hantar model barang. Untuk barang yang hilang pihak mereka terus memberi refund tanpa banyak soal. Untuk barang salah model pula, saya dikehendaki menghantar semula barang itu, kemudian pihak mereka memberi refund penuh untuk saya.

Lihat rating untuk pembeli sebelum ini

Inilah yang paling sering saya lakukan untuk membuat pembelian online. Saya akan lihat rating negatif untuk sesuatu produk itu jika ada. Terutama barangan yang diragui kesahihan dan barangan mudah pecah. Jika melebihi 4.6/5 untuk rating dari lebih 100 reviewer, dan 4.8 ke atas untuk rating dari barangan kurang 100 reviewer maka itulah yang saya pilih. Namun harus diingat, anda perlu membaca komen-komen negatif tentang sesuatu barang itu untuk langkah yang lebih selamat.

Gunakan online banking dan elakkan kad kredit

Hal ini kemungkinan kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum. Kad kredit memanglah suatu yang sangat senang digunakan malah memudahkan urusan kita. Namun risiko penggunaan kad kredit ini sangatlah besar. Tidak keterlaluan saya katakan ada sebilangan kecil pernah mengalami masalah berkaitan kad kredit ini.

Jadi, saya cadangankan aktifkan online banking untuk bank simpanan anda, dan lakukan pembayaran melaluinya. Ianya lebih selamat dan sukar untuk dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah, anda juga boleh mencuba pembayaran melalui 7-Eleven jika anda tiak mempunyai perbangkan di atas talian.

Cubalah pilih pembayaran secara COD jika ada

Ini biasanya saya cadangkan untuk barangan yang anda ragui tentang kesahihannya. Mungkin ada sesetengah iklan produk yang anda lihat agak tidak masuk akal harganya, dan penjual yang dilihat amat baru, anda bolehlah memilih kaedah ini jika ianya disediakan. Cara ini pastinya sangat selamat dan penipuan dapat dibendung sama sekali.

Jadi berikut merupakan tips dari saya yang sudah agak lama melakukan pembelian di atas talian yang bukan sahaja di Malaysia malah dari luar negara juga. Anda mestilah sentiasa waspada akan segala perkara. Dan jika anda yang mencurigakan seperti sms dan emel, cuba hubungi pihak yang terbabit melalui saluran rasmi mereka sebelum meneruskan apa-apa yang mereka arahkan. Hal ini kerana penipuan dan teknik phishing mungkin berlaku melalui cara ini.

Dengan membaca beberapa tips yang saya utarakan di atas, saya berharap anda dapat membeli belah di atas talian dengan lebih selamat. Dan selamat membeli. 🙂

Leave a Comment