Oven Cornell Ok Ke Tak? (Review)

Bagi anda yang mempunyai hobi membuat kek dan biskut, sudah pastinya oven merupakan satu kemestian untuk anda. Pastinya rata-rata dalam kalangan anda tercari-cari model apakah yang terbaik untuk dipilih dan sesuai digunakan di rumah. Dalam memilih model oven yang terbaik anda mestilah menekankan aspek seperti:

  • Mempunyai jaminan tempatan.
  • Mempunyai pelbagai jenis mod pembakaran.
  • Ruang dalam oven yang sesuai dengan kehendak anda.
  • Tahan lasak.

Setelah membuat penelitian dan percubaan, saya telah memilih oven Cornell. Namun, ramai yang tertanya-tanya, oven Cornell ok ke tak? Berikut merupakan review dari saya.

review oven cornell malaysia

Beli di SHOPEE

Beli di LAZADA

Oven model Cornell mempunyai pelbagai saiz seperti 10L, 20L, 30L, 36L, 40L, 46L, dan 56L. Untuk kali ini saya akan memberi ulasan untuk model 30L atau CEO-SE30L. Disamping saiz, Cornell juga menetapkan ciri-ciri tertentu hanya terdapat di beberapa model sahaja. Nanti saya akan bahaskan di dalam beberapa tempat di bawah.

Fungsi “Convection Fan”

Apa itu convection fan? Convection fan ialah fungsi kipas yang digunakan oleh oven untuk meniup udara panas di dalam oven semasa proses masakan agar ianya serata kesemua bahagian makanan yang dimasak. Sebagai hasilnya makanan akan masak dengan lebih effisien dan sekata. Namun, fungsi ini terhad kepada beberapa model sahaja iaitu 30L, 36L, 40L, 46L, dan 56L.

Lampu Di Dalam Oven

Fungsi ini terdapat di kesemua model oven Cornell. Dan fungsi ini sangatlah penting bagi anda yang membakar kek terutamanya. Hal ini demikian kerana, dengan adanya lampu di dalam oven anda dapat melihat adakah kek yang dibakar sudah kembang, sudah masak dan sebagainya. Ini dapat memastikan kek atau biskut yang dibakar masak dengan kadar yang diingini dan dapat mengelakannya daripada hangus.

Pelbagai Pilihan Suhu

Selain itu, pemilihan kadar suhu yang sesuai adalah berbeza bagi setiap jenis masakan, kek, mahupun biskut. Bagi mereka yang mengikut resepi yang disediakan, pastinya penetapan suhu tertentu sudah diberikan. Jadi, kebolehan melaras suhu dari 100 – 250 darjah celsius adalah sangat berguna. Ianya pasti memberi kelebihan berbanding dengan kaedah pembakaran tradisional sepeti mengukus di atas dapur gas yang mana suhunya tidak boleh dilaras. Apapun, kaedah mengukus tradisional tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri kan. 🙂

Disamping itu, berikut juga merupakan fungsi, kelebihan dan alatan tambahan yang ada pada oven model Cornell 30L ini:

  • Elemen pemanas stainless steel.
  • Pilihan membakar sehingga 60 minit.
  • Menggunakan 1500W.

Saya berharap anda berpuas hati dengan ulasan yang saya berikan untuk model 30L ini. Namun, jika keperluan anda untuk model yang lebih besar anda boleh memilihnya juga. Saya mencadangan anda untuk membelinya di Shopee atau Lazada.

Pilih Jenis di SHOPEE

Terima kasih.

Leave a Comment