5 Jenama Mesin Basuh Terbaik Untuk Kegunaan Rumah

5 Jenama Mesin Basuh Terbaik Untuk Kegunaan Rumah

Mesin basuh merupakan suatu alat kemudahan yang mesti ada di setiap rumah buat masa kini. Tidak seperti dulu, rata-rata dalam kalangan kita hanya menggunakan manual (basuhan menggunakan tangan) untuk membasuh, mencuci, dan membilas pakaian yang telah digunakan.

Namun, ekoran daripada kesuntukan masa yang dihadapi oleh kebanyakan orang pada masa ini, mencuci pakaian menggunakan tangan sudah tidak lagi mampu untuk dipraktikkan. Disinilah keadaan dimana mesin basuh amat diperlukan. Apapun, kita semestinya inginkan jenama mesin basuh terbaik untuk kegunaan harian di rumah kita. Di antara kriteria untuk memilih mesin basuh terbaik ialah:

  • Mempunyai jaminan tempatan.
  • Mengaplikasikan teknologi pembasuhan yang effisien.
  • Bahagian luar yang tidak alah kepada air.

Setelah mengenalpasti kriteria di atas dan beberapa kriteria tambahan yang lain, berikut merupakan 5 jenama mesin basuh terbaik untuk anda pilih:

  1. Mesin basuh automatik Panasonic
  2. Mesin basuh automatik Sharp
  3. Mesin basuh automatik Toshiba
  4. Mesin basuh semi automatik Panasonic
  5. Mesin basuh automatik Samsung

Mesin Basuh Automatik Panasonic

Seperti yang kita sedia maklum Panasonic merupakan jenama terkemuka dalam penghasilan barangan elektrik rumah. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan Panasonic berada di tangga teratas bagi Jenama barangan elektrik.

Saya memilih Kapasiti 10KG sebagai adalah kerana kapasiti ini merupakan kapasiti yang optimum untuk kegunaan seharian kita. Bagi model ini terdapat beberapa penetapan manual yang boleh anda laras. Ianya termasuklah berapa kali bilasan yang diinginkan, masa spin, masa basuhan, dan level air yang ingin digunakan. Apapun, bagi kebanyakan orang mereka hanya memilih untuk melakukan secara automatik. Jadi ini terpulang kepada individu masing-masing.

Di antara teknologi yang diadaptasi untuk model ini adalah Active Foam System, Dual Valve Pulsalator, Dancing Water Flow, Aqua Spin Rinse. Malah ianya juga dilengkapi teknologi delay start, dimana anda boleh memilih untuk memilakan basuhan bermula berapa jam dari sekarang.

Mesin Basuh Automatik Sharp

Apa yang sangat mencuri perhatian saya untuk model terbaru mesin basuh automatik keluaran Sharp ini ialah reka bentuknya yang kelihatan premium. Malahan pintu penutupnya juga menggunakan kaedah tutupan secara perlahan untuk mengelakkan pecah atau retak pintu penutup atas mesin tersebut.

Saya memilih model 12KG ini kerana harganya tidak terlalu mahal dan hanya berbeza sedikit sahaja dengan model Panasonic 10KG itu. Teknologi yang unik yang boleh didapati di model ini ialah sambungan semula basuhan selepas blackout. Jadi, ini pastinya sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa anda.

Mesin Basuh Automatik Toshiba

Jenama Toshiba seperti mana Sharp sudah tidak asing lagi dalam pasaran barangan elektrik rumah, terutamanya mesin basuh. Saya memilih model 10KG untuk jenama ini. Apa yang menariknya tentang model ini, ianya mempunyai “Star Crystal Drum” iaitu permukaan dinding tub yang selamat digunakan untuk kebanyakan jenis pakaian harian. Ianya dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan pakaian. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan teknologi “Hydro Power Wash” yang dapat membantu menghapuskan kotoran degil yang terlekat di pakaian kita.

Mesin Basuh Semi Automatik Panasonic

Tidak perlu saya ceritakan dengan lebih lanjut tentang mesin basuh 8kg semi automatik jenama Panasonic ini. Setelah mendengar dari mulut ramai pihak, model ini merupakan antara model mesin basuh yang paling tahan lasak dipasaran sejak dahulu lagi. Malah ada yang sudah menggunakannya lebih 10 tahun. Cuma perlu diingat model baharu ini menggunakan design luaran mungkin sedikit berbeza, Tetapi kualitinya mungkin sekali masih kekal antara yang terbaik.

Mesin Basuh Automatik Samsung

Beli di SHOPEE

Beli di LAZADA

Untuk mereka yang menginginkan mesin basuh automatik yang berkapasiti kecil saya cadangkan anda mencuba model 7KG Samsung. Walaupun harnganya agak murah, namun reka bentuknya agak modern. Model ini juga dilengkapi oleh teknologi yang diperlukan bagi sesebuah mesin basuh automatik.
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih model dan jenama yang mana terbaik berdasarkan keperluan anda. Apa yang pasti, belilah dari penjual yang sah online, mahupun dikedai barangan elektrik. Terima kasih, dan selamat membeli.

Leave a Comment